March 22, 2010

♥(Anugerah Terindah )♥


Anugerah yg terindah..

Ya Allah sesungguhnya aku bersyukur pada mu kerana memberikan aku insan ini..insan yg membahagiakan hidupku..menceriakan dunia ku..

saban hari dunia ku disinari cahaya kegembiraan..saat hati di landa kesedihan..insan ini lah pengubat hati..pengubat jiwa..saat air mata ini bercucuran insan ini jugalah menjadi pengelap air mata..

Ya Allah sesungguhnya..aku benar2 bersyukur Ya Allah..insan ini menerima aku seadanya..menerima setiap kekurangan aku..malah sentiasa membuatkan aku ingin menjadi yg terbaik diantara yg terbaik..Ya Allah aku ingin menjadi insan yg terbaik dihatinya..menjadi insan yg paling disayanginya..menjadi insan yg sentiasa berada disisinya..menjadi insan yg sentiasa bertahta di hatinya Ya Allah..

Ya Allah insan ini tidak pernah merungut malah tidak pernah sekali2 pon membuat aku merasa rendah diri..tatkala diriku terasa kesusahan tidak pernah sekali pon insan ini meninggalkan ku..tidakkah aku patut bersyukur kepada mu Ya Allah??

Ya, Ya Allah..aku sesungguhnya sgt bersyukur kepadamu..aku percaya setiap yg terjadi itu hanya ENGKAU tahu setiap kebaikannya..

aku mohon kepadamu Ya Allah, kau peliharalah insan ini, hubungan ini dan kau berkatilah kehidupan kami..
dan sesungguhnya aku terlalu menyayangi dan mengasihani insan ini ya Allah..




No comments:

copyright@2012-Aku Seorang MAMA-All Righted Reserved