March 22, 2010

Kelahiran yg dinanti dan ditunggu..

kini usia kandungan sy mencecah ke usia 35 minggu..sgt tidak lama lagi anak kecil ini kan lahir menemani kami sy dan suami..tersangatlah x sbr dan happy menanti saat itu..pelbagai persiapan juga telah kami sediakan dlm menyambut kelahiran bayi kami ini..tp tidak lah dgn cara pembaziran..cukup sekadar yg asas2nya sahaja walopon adakalanya hati sy ni x tertahan menahan godaan membeli belah..hahah..
bercerita tentang kelahiran ini..ramai yg menanyakan pd sy akan melahirkan dimana?cara kelahiran yg bagaimana sy mahu semua..
insyaallah..jika tiada apa masalah yg dialami sy memilih utk melahirkan zuriat kami ini di hospital swasta..kerana :-

1- ini adalah zuriat yg pertama (zuriat yg kami tunggu,yg kami usaha utk mendapatkannya setelah melalui pelbagai dugaan dan cabaran)

2-sy mahukan yg terbaik utk diri sy n zuriat sy..

3-sy mahukan pengalaman yg terbaik dlm melahirkan zuriat sy ini dan yg paling penting..

"sy mahukan suami sy berada disisi sy sepanjang sy melahirkan zuriat kami ini kerana itulah yg akan jd pembakar semangat sy.." dan itu akan menjadikan pengalaman yg sgt indah utk kami supaya kami mensyukuri nikmat yg Allah beri kepada kami ini"..insyaallah..

jd sbb itulah sy memilih utk bersalin di hospital swasta kerana itu peluang yg sy dan suami utk merasai pengalaman menyambut kelahiran ini bersama2..

tentang cara kelahiran yg bagaimana itu pula..sy tersangat lah hendak utk melahirkan secara normal..tersangat2 mahukan nya..sy tidak mahukan secara ceaseran dan jika tiada pilihan lain sy redha jika itulah yg terbaik utk sy..sgt berharap Allah memudahkan segala urusan sy..insyaallah..

saat bertemu dgn seorg kawan yg baru melahirkan bayi secara normal membuatkan sy teruja utk merasainya..bercerita detik2 mengeluarkan bayi adalah saat yg dinanti2..katanya..itulah yg menjadi kekuatan utknya..perasaan x sabar utk menatap wajah bayi membuatkan dia kuat..heheh..(sgt x sbr pula menunggu giliran sy)
kata org melahirkan bayi secara normal itu adalah sgt sakit..tp bg sy mungkin lain org lain cara dan pengalamannya..insyaallah..

"Wanita yang bersalin akan dapat pahala 70 tahun solat dan puasa dan setiap kesakitan pada satu uratnya Allah swt. akan beri satu pahala haji."

Nabi s.a.w. bersabda, maksudnya: " Seorang wanita yang redha mengandung bayi hasil perhubungan dengan suaminya yang sah dan suaminya pula redha kepadanya, maka Allah akan memberi ganjaran pahala sepertimana pahala puasa fisabilillah. Bila dia merasa sakit ketika akan melahirkan, maka Allah tambah lagi pahala yang tidak terkira oleh manusia oleh kerana terlalu banyaknya. Bila telah melahirkan anak dan dia menyusu dengan susunya sendiri, maka setiap teguk susunya Allah berikan satu kebajikan. Bila dia semalaman tidak tidur kerana menjaga anaknya yang sekejap-sekejap menangis, sakit dan sebagainya maka Allah beri lagi pahala seperti memerdekakan 70 orang hamba dalam Fisabilillah dengan ikhlas." (Hadith Riwayat Hassan bin Sofwan, AT Tabrani, Ibnu Asakir)

Ya Allah..aku mahukan segala pahalamu ini..
Kau berkatikan diriku sepanjang kehamilan ku ini..
Amin..

No comments:

copyright@2012-Aku Seorang MAMA-All Righted Reserved